Ahad, Februari 24, 2013

'Nadi Arena' versi RTM dan TV3 dulu-dulu.

Aksi dan gelagat Haji Hasbullah ketika 
era awalnya selaku pengulas sukan. Beliau yang 
berkacamata tampak segak mengulas perlawanan Piala 
Malaysia 1988 antara Selangor 
dan Kuala Lumpur. 
Haji Hasbullah berehat seketika ketika 
bertugas di Seoul, Korea Selatan, ketika 
rakaman Sukan Olimpik di sana. 
Pengulas sukan RTM: Azlan Mubin, 
Nurul Fatiha, Dato’ Haji Hasbullah Awang, 
Nurul Alis dan Zachki Ahmad Suri.
Antara gambar terakhir Dato’ Hasbullah, 
yang diambil oleh Saudara 
Zachki Ahmad Suri yang juga 
pengulas sukan TV.
Saya Hasbullah bin Awang, 4331208 mengajak saudara mengenali antara bintang-bintang yang kian mengerdip…”
Begitulah antara celoteh awal Dato’ Haji Hasbullah Awang, pengulas sukan legenda ketika bertugas mengendalikan rancangan ‘Tunas Harapan’ di Radio Malaysia Siaran Tempatan Kuantan pada 1974. Beliau juga pernah mengendalikan rancangan radio ‘Soal Jawab Agama’.
Titik tolak permulaan Haji Hasbullah sebagai pengulas sukan bermula pada 1978, apabila Othman Haji Muhammad tidak dapat hadir ke stadium untuk mengulas perlawanan di antara Pahang menentang Singapura. Antara pengulas sukan yang sebaris dengan beliau ialah Datuk Rahim Razali, Abdullah Hashim, Sherkawi Jirim, Jamaluddin Alias dan Amin Mahir.
Nyata, bukan mudah untuk menganalisis serta memberikan pandangan dalam sesuatu rancangan sukan, apatah lagi bila ianya disiarkan secara langsung. Setiap pengulas perlu berada dalam kelas tersendiri, sentiasa menterjemah perlawanan dengan adil, berfakta dan menarik. Memetik kata-kata bekas pengacara rancangan ‘Dunia Sukan’ (TV3), Jahidin Ahmad: “Mengulas itu adalah satu kerja seni. Setiap pengulas perlu mencari identiti sendiri”.
Bagi mereka yang membesar ketika zaman 90an, suasananya masih berbeza berbanding kini, apatah lagi ketika era tersebut, Liga Semi-Pro mula diperkenalkan oleh FAM dan menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Ketika itu, kebiasaannya, ‘highlight’ akan disiarkan ketika ‘Evening News’ di TV3, sekitar pukul 11 malam.
Kebiasaannya, para pengulas mempunyai ciri dan karisma tersendiri pada setiap patah dan gaya tutur bahasa yang diterjemah daripada tindakan luar jangka. Berikut disenaraikan antara ‘tagline’ atau kata-kata yang sinonim dengan pengulas-pengulas sukan tanah air – dulu dan kini:
  1. Datuk Hasbullah Awang: “Mahali Jusali (Mahalli Jasuli)”; “Rizal Fahmi Che Mat (Khairul Fahmi Che Mat)”; “Nurul Idlan Taloya (Nurul Idlan Talaha)”; “Asri Susu (Ashri Chuchu)”; “…perhatikan bagaimana Mat Yo membuka silat”; “Di mana saya letak kertas saya?”; “Kelahiran Tanjong Karang, anak ke-3 daripada 6 adik beradik, ibunya suri rumah manakala bapanya pesawah....”; “Membelah pertahanan dan melepaskan tembakan meriam di situ…”; “Bola dihantar KE TENGAH!!  menghantar bola ke sebelah kiri… dapat kepada Khyril nampaknya… (padahal penonton di rumah pun jelas nampak itu Kunanlan)... Kemudian, dengan selamba beliau akan ‘cover line’, “Ohh… maksud saya… Kunanlan sebenarnya yang bertukar-tukar posisi dengan Khyril di bahagian kiri”; “Tapi harus diingat…”; “Hantaran jauh kepada Mat Yo... ataupun Safee… larian kencang di situ oleh Kunanlan… ataupun Guru…”;
  2. Abu Bakar Atan: “Barang diingat...”;
  3. Shauki Kahar: “Nampaknya pemain-pemain mula menyemarakkan api perjuangan…”;
  4. Zainal Abidin Rawop: “Kalaulah saya....”;
  5. Jasni Shafie: “Kalaulah dapat saya sebutkan nama tunangnya… (ketika itu Rafdi Rashid dapat peluang di depan gol Terengganu, Final Piala Malaysia 2001)”;
  6. Azlan Johar: ‘Pemegang rekod’ - penyebut perkataan “CUKUP” paling banyak dalam tempoh 90 minit;
  7. Khaidir Buyong: “Sambil berlari sambil rembat…”;
  8. Razip Ismail: “Ya…. Betul….”; “Ya… Benar tu, Zainal…”;
  9. Richard Scully: “Ohh... satu rembatan leret terkena palang gol dari Safee Sali…”; “Mereka bermain dalam keadaan tertekan sekarang…”; “....aplikasi dan teknik yang baik...”; “..middle-third...”; “Jelas bukti…”;
  10. Dahlan Maamor:Sudah Pastilah…”;
  11. Hafizal Hamad:Terima kasih, terima kasih, terima kasih”.

Salut tinggi buat para pengulas sukan tanah air yang berjasa. Padu & Grande buat semua.
.

7 ulasan:

  1. bro,blh tolong siar kisah aziz ibrahim tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam alaik, Boh. In sya ALLAH, akan diusahakan. Padu. :)

      Padam
    2. Ceritalah pula tentang Hj Abdullah Hasim

      Padam
  2. blogwalking here..

    #follow me on shukranzahari.blogspot.com
    #nuffnangclick
    #happy blogging

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Salam alaik.

      Terima kasih, kerana sudi mengunjungi blog saya.

      :)

      Padam