Ahad, Disember 02, 2012

Piala Suzuki AFF 2012: Tahniah buat Harimau Malaya.


Kobar jiwa 
semangat.
Gerai menjual cenderahati 
dan jersi sudah mula dibuka di 
perkarangan stadium.
Stadium Bukit Jalil, stadium 
keramat Harimau Malaya.
Kemenangan ke atas skuad Garuda -- yang dibarisi oleh pemain naturalisasi -- adalah kemenangan yang sangat bermakna. Bukan hanyasanya kerana skuad Harimau Malaya dibarisi oleh anak Malaysia 100%, tetapi juga kerana skuad negara sering menerima layanan buruk di Stadium Gelora Bung Karno. Tahniah buat Harimau Malaya yang bermain sepenuh hati. Cuma, kita masih tertanya-tanya: ke mana hala tuju skuad kebangsaan selepas Piala Suzuki AFF? Jika kita terkandas pada peringkat Separuh Akhir atau muncul juara buat kali kedua? Apakah kedudukan jurulatih dan barisan pemainnya masih dikekalkan? Perjalanan masih jauh. Bersama kita sokong dan doakan kejayaan skuad kebangsaan. Sokong usah bermusim. Sokong, waktu gagah dan rebah. Hidup Malaysia kita.

*******************************
Sumber dan rujukan:
  1. http://sokernet.com/malaysian-football/video-malaysia-vs-indonesia-piala-aff-2012.html;
  2. http://sport.detik.com/pialaaff/read/2012/12/02/010543/2107016/1462/pemain-tak-salah-kegagalan-timnas-adalah-hasil-pertengkaran-elite.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan