Jumaat, Disember 14, 2012

Memorandum kepada Presiden Bangladesh: Kembalikan Kebebasan Asasi (Fundamental Freedom)!


Logo Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Saudara Amidi Manan, 
Presiden ABIM dan mantan Presiden PKPIM.
Saudara Amidi sewaktu berucap
dalam satu majlis.
Saudara Raimi Ab Rahim, Setiausaha Agung ABIM.
Juga mantan Presiden PKPIM.



Memorandum kepada Presiden Bangladesh: Kembalikan Kebebasan Asasi (Fundamental Freedom)!
Pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat tentang perkembangan terkini berkaitan keadaan politik dan hak asasi manusia di negara Bangladesh. Semenjak Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengambil alih pemerintahan semenjak awal 2009 telah menyebabkan ramai pihak termasuk ABIM dan beberapa NGO Malaysia sangsi dan bimbang akan masa depan demokrasi dan hak-hak asasi sivil rakyat Bangladesh. Beberapa pimpinan pimpinan dan aktivis parti pembangkang termasuk pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh telah dipenjara, dibunuh, dihilangkan dan diseksa. Sheikh Hasina juga telah menggunakan helah Bangladesh International Crimes Tribunal untuk membicarakan pimpinan pembangkang khususnya pimpinan Jamaati Islami Bangladesh yang salah seorangnya telah berusia lebih 90 tahun.

Sebahagian mereka adalah pemimpin Islam yang dihormati di seluruh dunia dan dikhuatiri diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan. Mereka juga dinafikan hak untuk mendapatkan free and fair trial, dinafikan hak mendapatkan peguam pembela dan saksi-saksi pembela telah diculik dan dihilangkan. Pihak penguatkuasaan undang-undang Bangladesh telah menafikan hak demokrasi yang sah yang diiktiraf oleh Perlembagaan Bangladesh kepada pimpinan pembangkang khususnya pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh. Pihak polis Bangladesh telah menutup pejabat Jamaati Islami Bangladesh Pusat dan Dhaka City yang mana telah didaftarkan secara saha sebagai parti politik.

Pejabat sayap pelajar Jamaati Islami Bangladesh iaitu Islamic Chhatra Shibir Bangladesh turut ditutup. Ahli-ahli Jamaati Islami juga telah diperlakukan secara hina apabila mereka cuba untuk menganjurkan bantahan aman terhadap kekejaman yang berlaku. Mereka juga ditangkap atas sebab-sebab yang tidak jelas dan juga ada yang dibunuh. Justeru, pihak ABIM bersama NGO-NGO lain seperti IKRAM, PUM, PKPIM dan beberapa parti politik memandang serius dan berat akan isu ini dan atas nama Malaysian Task Force for Bangladesh (MTF4B)  telah menganjurkan demonstrasi aman di hadapan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 14hb Disember 2012 bersamaan 1 Safar 1434H pada jam 2.30 petang, sekaligus menghantar memorandum bantahan untuk menuntut 3 perkara utama iaitu:
  1. Pemansuhan Bangladesh International Crimes Tribunal yang dilihat berat sebelah dan tidak adil;
  2. Membebaskan tahanan politik khususnya pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh;
  3. Mengembalikan hak-hak asasi demokratik dan kebebasan sivil kepada parti pembangkang khususnya Jamaati Islami Bangladesh serta keseluruhan rakyat Bangladesh.
Bertepatan dengan Hari Hak Asasi Manusia (Human Rights Day) yang disambut beberapa hari lalu dan selaku Pengerusi  Malaysian Task Force for Bangladesh (MTF4B), pihak ABIM telah menjemput semua rakyat Malaysia, NGO dan parti politik untuk sama-sama menyertai demonstarasi aman ini bagi menyatakan bantahan terhadap pencerobohan hak asasi manusia di Bangladesh. 

Terima kasih.

Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Pengerusi MTF4B dan Setiausaha Agung ABIM.
******************************************
Sumber dan rujukan:
  1. http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/36-entertaiment/376-abim-kecam-pencabulan-hak-asasi-manusia-di-bangladesh;
  2. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=vaUwO1-c3G4.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan