Rabu, Julai 18, 2012

Bercakap dengan Penyu.


****************

Bercakap dengan Penyu

Pak Dogol: Duhai penyu, senyumlah
kenapa bergundah? Bertabahlah

Penyu: Aku sakit jiwa rasa
Rumahku sudah tiada

Pak Dogol: Oh, ada cemar yang menghakis tawamu
ada pedih nan meneriak tangismu

Penyu:  Itulah nasib aku
sedang seharusnya
kata bersifat, kata biar dikota
kata berjawab, gayung bersambut?
-- supaya --
mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati
mati raga?
Aku kecewa dengan sikap manusia

Pak Dogol: Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri
Aku tumpang berdosa dan malu hati.


-- Zairudin Ashrafi,
Stesen Sentral Kuala Lumpur,
Jam 3.45 petang,
19hb Mei, 2012.


****************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan