Isnin, Jun 04, 2012

Setautan Tinta: Novel, Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat.



**************************************************************
Gambaran Ahmad Redha sedang berpidato di rumah Tok Penghulu Haji Dali.



Aku lebih rela berjuang berlima daripada memiliki angkatan perang seribu orang, tetapi semangatnya lemah. Bukankah kita berjuang untuk anak bangsa? Perjuangan kita untuk kepentingan tanah air pada hari ini dan masa depan.”

Perjuangan ini adalah perjuangan kita. Merdeka! 

***************************
Gambaran Shukor Dhani sedang berpencak.

 “Tentera kita bukan tentera British. Bukan juga tentera Komunis. Kita tentera rakyat, terdiri daripada rakyat. Berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat.

-----------------------------------------------------

Sinopsis Novel, Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat
Tahun 1940an. Tanah Melayu bergolak. Malapetaka Darwinisme menjengah Kampung Kundang, Selangor. Di kala negara kuasa-kuasa besar berebut-rebut mempamerkan kuasa mereka, negara-negara kecil menjadi mangsa. Sejarah perjuangan menentang British yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela menjadi pedoman buat Ahmad Redha, Shukor Dhani dan sahabat-sahabatnya untuk bangkit, menentang penaklukan Jepun ke atas desa tercinta.

Kisah perjuangan Redha menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Redha, pejuang yang cekal menghadapi kesusahan zamannya demi agama, bangsa dan tanah air. Demi hasrat memperjuangkan kemerdekaan, Redha rela mengorbankan kasih pada isterinya. Redha bersama rakan-rakan pejuangnya menentang kedatangan Jepun di Kampung Kundang. Mereka merupakan skuadron rakyat yang berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat.

Ahmad Redha kental berjuang, di bawah tadahan hujan - dalam kemuliaan perjuangan, atas nama TUHAN.
------------------------------------------------------------------

Salam.

Alhamdulillah, karya sulung saya, Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat telah diterbitkan. Moga ada manfaatnya dalam menentang kebobrokan dalam masyarakat terbanyak, in sya ALLAH.

Syukur, ada juga yang sudi mengupas novel saya ini. Karya yang sederhana ini, saya tulis dari hati, buat anak bangsa tercinta.


Wajah Hati Redha merupakan manifestasi langkah-langkah awal saya sebagai seorang yang bercita-cita untuk menjadi penulis. Perjalanan saya masih jauh. Masih terlalu jauh.


Terima kasih, Tuan Mohd Isa Abd Razak, atas teguran dan pedoman. Budi Tuan jadi kenangan.


Pembaca budiman bolehlah merujuk kepada pautan ini:


Harta kita ialah maruah. Penyelamat kita ialah iman.”

Selamat meredhai perjuangan hidup insani.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan