Jumaat, Mei 18, 2012

Memahami Sajak dan Novel.


****

Naskah ‘Memahami Sajak dan Novel’ karangan bapa saudara saya, Haji Nurazmi Kuntum. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.


Haji Nurazmi telah menulis lebih 20 judul buku dan kurang lebih 200 makalah ilmiah dan juga makalah separuh ilmiah berhubung dengan bahasa dan kesusasteraan Melayu.


Antara judul buku beliau ialah Strategi Menjawab Sastera: Sebelum dan Sesudah 1800 (1984), Ulasan Lari Bersama Musim (1990), Teori dan Pemikiran Sastera Islam di Malaysia (1991) dan Ulasan Antologi Sajak Cermin Diri (2004).

Karya ini mengupas secara komprehensif bagi kefahaman dua genre iaitu sajak dan novel. Sayangnya, saya hanya membaca (baca: mengetahui kewujudan)karya ini selepas novel sulung saya siap diterbitkan. Aduh.



****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan