Jumaat, April 27, 2012

Filem: Kaki Bakar (1995)

Pak Khalid Salleh, mesra dengan 
panggilan 'Wak', aktivis yang saya senangi.  
Antara filem lakonan beliau ialah 'Kaki Bakar':
Trivia ‘Kaki Bakar’
Naskah ‘Kaki Bakar’ (The Arsonist) mula ditayangkan kepada umum pada 25 Oktober 2001. Filem ini merupakan filem Malaysia pertama ditayangkan di Festival Filem Cannes ke-48 di Perancis (1995). Sewaktu Festival Cannes yang masyhur itu, Kaki Bakar ditayangkan dalam kategori tidak bertanding Un-Certain Regard.’ Kaki Bakar asalnya dibuat untuk siaran TV (sebagai drama) tetapi ditolak atas sebab tertentu. Proses menukar format filem daripada 16 mm kepada 35 mm dilakukan di AustraliaKaki Bakar mula ditayangkan pada 25 Oktober 2001. Ianya telah pun siap pada 1995 tetapi hanya ditayangkan 6 tahun kemudian. Selepas tidak jadi diedarkan oleh syarikat antarabangsa dan tidak jadi ditayangkan pada 20 Oktober tahun yang sama, ianya hanya ditayangkan di beberapa buah pawagam sekitar Kuala LumpurNaskah berdurasi 84 minit ini, hanya berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM3,087.

***


Sinopsis
Karya ketiga pengarah prolifik, U-Wei Haji Shaari ini menceritakan tentang kisah anak desa yang bertarung dengan isu kekeluargaan, kuasa dan kepercayaan. Kaki Bakar telah menjadi antara naskah yang disifatkan menjadi pelopor kepada percambahan subur filem ‘indie’ Malaysia yang menempa nama di mata dunia. Kaki Bakar memaparkan pergolakan/perjuangan keluarga pendatang yang diketuai lelaki bernama Kakang dan proses kematangan seorang budak lelaki, bernama Kesuma. Kakang berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia, lalu dikurniakan dua anak perempuan dan dua anak lelaki. 

Kakang, seorang perantau – dan pejuang kemerdekaan -- yang berasal dari JawaIndonesia berusaha untuk memupuk nilai-nilai tradisi keturunan Jawa kepada anaknya Kesuma. Kakang bertindak sedemikian setelah sering memerhatikan eksploitasi yang wujud akibat daripada jurang sosial yang berbeza. Kakang meneruskan kehidupan, dengan jiwa yang menggelegak. Reaksi Kakang itu telah membawa pengaruh yang besar kepada anaknya Kesuma. Anak lelaki Kakang yang sulung mewarisi sifat isterinya. Justeru itu, Kakang hanya mempunyai Kesuma untuk diijazahkan warisan sifat ‘anak Jantannya’. Kakang cuba menerapkan sifat ‘anak Jantan’ di dalam jiwa Kesuma.

Kesuma adalah anak Kakang yang paling bongsu daripada 4 bersaudara. Tidak bersekolah dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Kesuma mengalami konflik pertembungan idealisme jiwa: kadang kala menyokong bapanya, tetapi menentang pada situasi yang lain. Kakang mendakwa bahawa dirinya adalah mangsa kepada kezaliman, dan mahu bertindak sendiri dalam menegakkan – apa yang digelarnya – sebagai keadilan dan kebenaran. Naskah ini juga mengangkat isu dilema Melayu: seputar aspek politik, zina, rasuah dan subsidi. Kemuncak naskah besar ini berlegar dalam situasi menekan: secara harfiah dan metaforik. Kisah anak dan bapa yang kebiasaannya menjadi ‘typical’; berjaya diangkat menjadi sebuah naskah yang jujur dan menarik.     Naskah Kaki Bakar -- menjadi baik dan bagus serta – berjaya memecah tembok Cannes: kerana skripnya, lakonan mantap pemainnya, serta sinematografi yang hebat.

***


      ***


Anugerah dan Pencapaian:
1.      Un-Certain Regard, Official Selection, Festival Filem Cannes, Perancis, 1995;
2.      Filem Terbaik (Kategori Bahasa Asing), Festival Filem Bebas Antarabangsa Brussels ke-17, Belgium, 1995;
3.      Anugerah Khas Juri, 1st South-East Asian Biennial Film Festival, Phnom Penh, 1997; dan
4.       Anugerah Khas FINAS Malaysia, 1996.

Antara Penyertaan:
        i.            Festival Filem Sundance Channel ke-25 (New directors/New films selection), 1996;
Festival Filem Antarabangsa Hawaii ke-16, Amerika Syarikat, 1996;
      ii.            Festival Filem Antabangsa Pusan Pertama, Korea Selatan, 1996;
    iii.            Festival Filem Antabangsa Fukuoka, Jepun, 1996;
    iv.            Festival Filem Antarabangsa Jakarta, 1999;
      v.            Festival Filem Nantes, 2001.

***



Sumber dan rujukan:
  1. http://www.filemkita.com/filem/k/kaki_bakar_01.html;
  2. http://www.festival-cannes.com/en/archives/ficheFilm/id/3406/year/1995.html;
  3. http://www.imdb.com/title/tt0110229/; dan
  4. http://www.tanahlicin.com/portfolio.php?id=6.



1 ulasan: