Jumaat, Februari 03, 2012

Kami Merinduimu.


“Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah radiallah an hu (r.a) berkata, beliau mendengar Aisyah radiallah an ha (r.a) isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam (SAW) bercerita:

Biasanya apabila hari berangin atau mendung, wajah Rasulullah SAW kelihatan gundah-gelisah. Bila hujan mulai turun, wajah Baginda menjadi berseri dan hilanglah kegelisahan Baginda. Aisyah bertanyakan hal itu kepada Baginda. Baginda menjawab: Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab untuk menyeksa umatku. Jika Baginda melihat hujan, Baginda akan berkata: Itu adalah rahmat.” (Muslim).

Demikianlah, betapa tingginya akhlak Baginda SAW. Betapa kasihnya Baginda SAW kepada umatnya.

Salam dan selawat buatmu duhai Kekasih ALLAH. Saiyidina Muhammad; Penghulu Nabi-Nabi.




(Ya Rasulullah…)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu...


Inteam (Pemergianmu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan