Sabtu, Januari 07, 2012

Bacaan: Novel Keluarga Gerilya (Pramoedya Ananta Toer).

Keluarga Gerilya
Pramoedya Ananta Toer (kemudian dari ini dirujuk sebagai ‘Pak Pram’) merupakan seorang tokoh besar Angkatan ’45 Indonesia. Sebagai seorang pelopor prosa dan sasterawan jurubicara Revolusi Kemerdekaan Indonesia, jasa Pak Pram memang tak terkira banyaknya.

Pernah meringkuk lama di balik tirai besi – mendekam redha sebagai pejuang yang tak kenal erti takut dan kekalahan – beliau menghasilkan banyak karya penting, antaranya; ‘Bumi Manusia’; ‘Gulat di Jakarta’; ‘Subuh’; ‘Kerupsi’; ‘Percikan Revolusi’; ‘Midah si Manis Begigi Mas’; ‘Cerita Dari Blora’; ‘Panggil Aku Kartini Saja’ dan tentulah, ‘Keluarga Gerilya’.

‘Keluarga Gerilya’ pernah diangkat sebagai teks sastera STP di Malaysia tidak berapa lama dahulu. Karya ini mengisahkan cerita tragis sebuah keluarga pejuang yang mengorbankan segala-galanya demi kemerdekaan tanahair tercinta.

Keluarga Amilah dan keluarga Sa’aman telah diangkat sebagai simbol dan watak-watak manusia yang menderita, bahagia dan hancur dek perang serta penjajahan.

Saya terkesan dengan perenggan akhir halaman 218 novel ini yang dinukilkan seperti berikut:
“…Engkau harus berjanji pada dirimu sendiri, bahawa engkau akan belajar terus sampai tua. Kalau engkau sudah terlentang di balaimu, engkau harus bilang begini: aku akan belajar terus sampai tua. Ulang-ulangi kalimat itu sampai engkau tertidur. Dan engkau akan jadi pandai kelak. Engkau sekarang masih kecil, Hasan! Tapi kalau engkau mau belajar banyak-banyak, tahu-tahu engkau sudah jadi besar dan boleh jadi jenderal…”

Pengarang naskah ini menyatakan bahawa kejadian-kejadian yang berlaku sewaktu era revolusi nasional Republik Indonesia telah mencetuskan ilham untuk terhasilnya ‘Keluarga Gerilya’.

Al-Fatihah yang sekudusnya, buat Pak Pram.

* Naskah yang saya miliki ini merupakan terbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur, dan dicetak pada 1977 (cetakan ketiga).

7 ulasan:

  1. Salam Tuan, kat mana nak cari buku ni ye?
    T,k

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Hm, payah juga nak jawab soalan tu. Sebab agak payah untuk dicari. Saudari boleh cuba cari di beberapa buah kedai buku terpakai.

      Antaranya: AmCorp Mall Petaling Jaya, Novel Hut Ipoh, Junk Book Store Jalan Tun H.S. Lee atau Bazaar Chowrasta, Pulau Pinang.

      Semoga ketemu bukunya. Amin. :)

      Padam
    2. Tuan permata mhardela, saya berminat sangat dengan buku ini. Bagaimana caranya untuk saya dapatkan daripada tuan?

      Padam
  2. bagaimana cara membeli novel keluarga griliya secara oneline.. mohon infonya.

    BalasPadam
  3. Bagaimana untuk mendapat kan novel ini?

    BalasPadam