Isnin, September 05, 2011

Tiga Mat dan Satu Somalia: Sejarah Yang Tak Terlupakan.

Semenjak dua menjak ini, dalam pada media, laman sosial dan ahli kedai kopi di negara kita heboh mencanang isu komunisme, Bukit Kepong dan kemerdekaan tanah air, nama Mat Indera dan Mat Sabu (Tuan Haji Mohammad Sabu) pasti berlegar di sekeliling polemik tersebut.

Untuk maklumat berkenaan biodata Allahyarham Mat Indera, para pembaca yang budiman bolehlah klik di pautan-pautan berikut:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Indera;

http://www.fuhsantai.com/2011/09/04/fuh-sejarah-mat-indera-politik-dan-bukit-kepong/; dan

http://syafiqmahadi.blogspot.com/2009/05/kenali-mat-indera-komunis-tapi.html.

_____________________________________________


Selain daripada latar belakang agama yang kuat yang dimiliki Allahyarham Mat Indera, saya tertarik dengan bingkisan dalam entri blog ini:

http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/09/kerajaan-johor-iktiraf-ketokohan-mat.html.

Ia menyatakan bahawa dalam buku biografi ‘Pengukir Nama Johor’ yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004, Mat Indera disenaraikan sebagai tokoh ternama Johor, sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Nilam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO.

Malah, foto Mat Indera juga dikatakan menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Saya belum pernah berkesempatan menghadam buku tersebut. Kendatipun, sekiranya benar, ia adalah sesuatu yang menarik untuk dikupas dan dibahas.

Sekiranya kisah Tuah-Jebat; Rosly Dhobi-Duncan Stewart dan JWW Birch-Maharajalela dibentang dan dibahas dengan penuh hikmah, pasti pencerahan berlaku. Malangnya, tidak.

‘Kita’ sering ‘keliru’ yang mana pemberontak, yang mana pejuang.

[Dengar cerita, YB Khairy Jamaluddin sudah bersetuju untuk berdebat dengan Tuan Haji Mat Sabu berkenaan isu tersebut. Semoga perdebatan tersebut berlangsung dengan baik, dan mendatangkan manfaat yang baik. In sya ALLAH].

_______________________________________________


Tragedi di Somalia 2011
Sementelahan, belum sempat polemik ‘Mat Indera dan Mat Sabu’, tragedi pembunuhan jurugambar BernamaTV, Allahyarham di Somalia seharusnya membawa kita ke jalan kenangan, mengenang nama seorang lagi ‘Mat’ – iaitu perajurit negara yang gugur di tanah yang sama (Somalia): Allahyarham Koperal Mat Aznan bin Awang.

______________________________________________


Tragedi di Pasar Bakara, Somalia
Di Somalia, pasukan-pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah terlibat sebagai sebahagian dari Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) dalam misi United Nation Operation Somalia 11 bermula pada 18 Jun 1993 hingga 28 Feb 1995.

Semasa di Somalia, pasukan RAMD telah ditugaskan sebagai Penguatkuasa Keamanan yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang dengan melaksanakan rondaan, operasi mengepung dan mencari, pasukan gerak pantas dan membantu mewujudkan organisasi keselamatan dan memberikan bantuan kemanusian.

Seperti yang kita sedia maklum, Koperal Mat Aznan Awang (ketika itu Prebet), berusia 30-an, telah ditembak mati dalam serang hendap oleh sekumpulan militia bersenjata tidak dikenali di Pasar Bakara, dekat Mogadishu, Somalia, pada 1993.

Kenderaan tentera yang dipandu Allahyarham telah ditembak dengan ‘grenade launcher’ sehingga mengakibatkan kerosakkan yang teruk kepada kenderaan tersebut dan meragut nyawa beliau.

Koperal Mat Aznan Awang terkorban semasa misi di sana ketika menyelamatkan sekumpulan tentera Amerika Syarikat (AS) yang terkepung di zon perang Mogadishu.

Pengorbanan Allahyarham Mat Aznan yang merupakan seorang tentera semasa beliau sedang memandu kenderaan tentera konvoi ‘Condor’, telah menyelamat tentera AS adalah satu pengorbanan seorang pahlawan negara.

Selain Prebet Mat Aznan, kejadian itu turut mencederakan sembilan anggota tentera lain iaitu PW II Rofei Jasin, Lans Koperal (LC) Sabri Ahmad, LC Sulaiman Aziz, LC Abdullah Din, LC Rosdi Abdullah, Prebet Nor Azam Baharom, Prebet Rizal Ismail dan Prebet Aziz Barakatullah dan seorang yang tidak diketahui identitinya.

Seramai 75 anggota Renjer Amerika Syarikat telah berjaya diselamatkan. Operasi ini juga menyebabkan 10 anggota tercedera dan 4 kenderaan perisai musnah.

Di atas keberanian luar biasa yang ditunjukkan di dalam pertempuran ini, Allahyarham Koperal Mat Aznan Awang telah dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan 3 pegawai serta 2 anggota lain-lain pangkat dikurniakan pingat Pahlawan Gagah Berani.

______________________________________________



Filem Black Hawk Down

Bagi individu atau pihak yang tidak memahami letak duduk Peristiwa di Pasar Bakara, pasti akan memuji Tentera AS yang digambarkan sebagai skuadron yang cukup hebat di dalam filem “Black Hawk Down”.

Benar, filem itu memiliki daya pikat yang cukup besar.

Kendatipun, filem tersebut telah dengan jelas menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysia dan beberapa negara asing lainlah – seperti Pakistan - yang menjadi wira, bukannya Tentera AS.

Tetapi, oleh kerana ia merupakan filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

[Kalau tidak salah saya, ada dua babak dalam filem tersebut di mana perkataan “Malays” dan “Pakistani” disebut. Namun, tiada nama negara kita (Malaysia) yang dinyatakan, meski ada anggota batalion kita yang terkorban].

Untuk maklumat yang lebih lanjut, para pembaca yang budiman bolehlah mengunjungi laman berikut:

http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-525474.html;

http://anakperak-alpha.blogspot.com/2011/01/pertempuran-di-bakara-market.html;

Kategori: Ketenteraan Malaysia"> http://ms.wikipedia.org/wiki/Rejimen_Askar_Melayu_DiRaja"
Kategori: Ketenteraan Malaysia;


http://panglimaggks215.blogspot.com/2010/09/black-hawk-down-malaysia.html;

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Noramfaizulrakyatkeduaterkorban/Article/index_htm;

http://www.indonesiaindonesia.com/f/28724-sejarah-film-blackhawk-down-versi-malaysia/;

http://www.ramd.mil.my/index.php?option=com_content&view=article&id=41&Itemid=69&lang=ms; dan

http://war-story.blogspot.com/2010/01/lagi-kisah-blackhawk-down.html.

_________________________________________


Khatimah
Tuntasnya, semoga isu dan kisah berkenaan ‘Tiga Mat dan Satu Somalia’ ini benar-benar membuka mata kita berkenaan hidup, mati, perjuangan dan erti kemerdekaan yang sebenar.

Merdeka, bukan hanya dirai dengan mengibar panji Jalur Gemilang. Merdeka bermaksud, kita faham letak duduk kebebasan sebenar, dan menghargai nikmat iman, ihsan serta Islam yang dikurniakan ALLAH SWT.

Pokoknya, kita perlu berikhtiar sedaya mungkin, bagi memerdekakan diri kita, daripada sifat-sifat yang boleh meruntuhkan wibawa kemanusiaan dan peradaban dalam meranduk arus modenisasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan