Rabu, Julai 27, 2011

Hidup Harimau Malaya.

Salam.

Seperti mana kita sedia maklum, kedua-dua pasukan bola sepak negara -- Harimau Malaya (skuad senior) dan Harimau Muda (skuad Olimpik) -- sedang dan akan menghadapi cabaran getir, meranduk arus Kelayakan Piala Dunia Brazil, 2014 dan Olimpik London, 2012.

Secara peribadi, saya sangat kagum dengan aksi yang ditunjukkan oleh barisan benteng pertahanan skuad Harimau Muda ketika menentang Chelsea (khususnya aksi cemerlang S.Subramaniam dan bekas penjaga gol no.1 skuad Harimau Malaya, Farizal Marlias).

Dan, seperti mana peminat bola sepak tanah air yang lain, saya sangat kecewa melihat aksi longlai benteng pertahanan negara serta aksi turun-naik (yo-yo) yang dipamerkan penjaga gawang skuad Malaysia, Sharbinee Allawee sewaktu menentang Singapura di Kota Singa, Sabtu lepas.

Kendati pun, itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita berhenti menanam harapan subur serta sokongan padu buat skuad negara.

Janganlah hanya menyokong jitu sewaktu kita menang. Dan, menghentam-cerca sewaktu kita kalah. Kalau bukan kita yang menyokong skuad negara, siapa lagi?

Semoga foto-foto cebisan memori gemilang Supermokh, The Spiderman (R.Arumugam), Tauke (Dato' Soh Chin Aun) dan skuad senior Harimau Malaya terdahulu di bawah ini, dapat memberikan kobar semangat baru untuk kita semua:












Kejayaan bukan satu akhiran. Kegagalan bukan satu penamat.

Hidup Harimau Malaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan