Dengarlah afwah, dengarlah adipati
dengarlah YB, dengarlah hai Pak Menteri
yang kanan, yang kiri:
Ini bukan satu ode bersih
bukan juga maki-caci kotor
ini suara marhaen, buat manusia bergelar pemimpin
Dengarlah afwah, dengarlah adipati
dengarlah YB, dengarlah hai Pak Menteri
yang kanan, yang kiri
hati yang kami genggam ini
adalah hati yang remuk-redam:
tiada tawa menghampiri
jauh… jauh… dari bahgia
jauh… jauh… dari selesa
dekat, dekat dengan cinta
cinta kobar kemenangan
cinta juang keberanian
Dengarlah afwah, dengarlah adipati
dengarlah YB, dengarlah hai Pak Menteri
yang kanan, yang kiri
dengarlah, dengarlah
kerana suara rakyat kan senantiasa keramat
kerana yang Tinggi kan tetap Yang Esa
kerana kita tetap semua manusia
hanya berbeda, tanggungjawab dan budi akalnya
Dengan kudrat empat kerat,
kami kibar panji semangat:
"Merdeka, bangsa Malaysia!"
"Dirgahayu, Malaysia kita!"
Sumber gambar:
http://www.malaysiakini.com/news/163768; dan
http://hanifidrus.blogspot.com/2011_03_01_archive.html.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan