Antara buku politik dan novel Inggeris (di atas meja kecil) yang dibeli sewaktu lelongan buku di Open House Carnival, Monfort Boys Town, TTDI.
Saya membeli 24 buah buku (buku dijual dengan harga RM1 untuk setiap 3 naskah).
Terkenang kedai-kedai buku terpakai di Pasar Chowrasta, Pulau Pinang. Buku-bukunya adalah kategori langka (‘rare’) dan sangat murah.
Sejarah
Bazaar Chowrasta mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Bahasa Urdu untuk perkataan “Chowrasta” adalah bererti “Empat Jalan Silang”. Pada kurun ke 19, “Chowrasta Lines” dan penjara adalah terletak di sepanjang Jalan Penang.
Pasar Chowrasta adalah dilingkungi oleh Lebuh Chowrasta, Lebuh Tamil, Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Penang.
Pada masa dahulu, pasar ini digelar sebagai Kelinga Ban San (Pasar India), di mana ¾ daripada gerainya adalah didominasi oleh peniaga dan penjaja berbangsa India Muslim (dari Selatan India) pada satu masa dahulu
Pasar Chowrasta yang asal telah dibina pada 1890 oleh Majlis Perbandaran George Town (ketika itu). Kemudian, bahagian hadapannya (yang menghadap jalan Penang) telah diubahsuai pada 1920 dan dikekalkan sehingga 1981, apabila sebuah pasar raya baru dibina di kawasan tersebut.
Lokasi
Kini, Bazar Chowrasta merupakan pasar dan gerai pelbagai barangan makanan dan pakaian yang dimonopoli oleh peniaga dan peruncit Cina di Pulau Pinang.
Kawasan Bazaar Chowrasta dibatasi oleh Jalan Campbell di Utara, Jalan Prangin di Selatan, Jalan Penang di Barat serta Jalan Kuala Kangsar di Timur.
Lokasinya terletak di Jalan Chowrasta, tengah bandar Georgetown, berhadapan dengan Balai Polis Pulau Pinang. Kedudukannya begitu strategi kerana bersebelahan dengan menara KOMTAR.
Kedai buku terpakai.
Terdapat kurang-lebih 10 buah kedai yang terhimpun sebagai kluster penjual buku terpakai yang masih beroperasi di tingkat satu pasar tersebut.
Kedai-kedai buku ini hanya dibuka selepas 10.00 pagi dan ditutup sebelum pukul 6.30 petang. Terdapat banyak pilihan buku, daripada buku fiksyen (paling banyak), buku teks, novel antarabangsa, buku rujukan, masakan, sains, agama, politik, majalah lama sehinggalah buku kanak-kanak pun terjual di sini.
Timbunan buku-buku lama dan terpakai jelas kelihatan tersusun rapi di bahu-bahu laluan sekitar kedai-kedai tersebut. Paling penting, di sinilah anda boleh menemui (mencari) buku-buku langka (‘rare’) dan “out-of-print”.
Tuntasnya, inilah kisah Bazaar Chowrasta dan bau buku-bukunya: sebuah ikon sebenar Pulau Mutiara.
* Bila saya membeli buku di Open House Carnival, memang betul-betul terkenangkan Bazaar Chowrasta. Disebabkan saya tidak membuat sebarang pinjaman pembelajaran sewaktu belajar di UiTM Merbok (Pra-Ijazah Undang-Undang: 2005-2006), poket saya seringkali berhabuk.
Justeru, sahabat baik saya, Brother Syihab Firdaus mencadangkan saya Bazaar Chowrasta, sekiranya saya mahu membeli buku rujukan undang-undang atau novel.
Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan dua buah kertas projek sewaktu di Merbok dengan menggunakan akta-akta, buku-buku politik dan undang-undang yang saya beli di kedai buku terpakai Chowrasta.
Dua buah kertas projek saya tersebut adalah bertajuk: “The Effects of 1993 Amendments to the Federal Constitution of Malaysia” dan “A Study on the Islamic Family Law (Federal Territories) (Amendment) Bill 2005”.
Mujur, kos hidup di Merbok berpatutan. Tempatnya indah. Penduduknya ramah. Rindu Merbok. Dan, nantikan kehadiran aku; Bazaar Chowrasta!
Sumber:
aandes.blogspot.com;
cekmekzue-zue.blogspot.com;
http://keluargakusayang.blogspot.com/2011/03/rindu-bazaar-chowrasta-hanya-kerana.html;
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/5/25/sundaymetro/21307048&sec=SundayMetro;
http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio504/GrpOne/
http://www.malaysiasite.nl/chowrastaeng.htm;
http://www.malaysiasite.nl/lorraine3.htm;
http://www.photoblog.com/chanchiewsoo/2008/06/17/bazaar-chowrasta--penang-road-penang.html;
ichigoramen.blogspot.com;
igougo.com; dan
kosmo.com.my.;
plainwaterlovesyou.blogspot.com; dan
suhaimiasamad.blogspot.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan