▼
Isnin, Februari 14, 2011
Nabi Muhammad SAW: Kekasih ALLAH SWT (1)
Jom kita kongsi biodata ringkas Rasulullah SAW. :)
Sejarah Ringkas Rasulullah SAW
Biodata
Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Tarikh wafat: Hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
Tempat wafat: Di Madinah Al-Munawwarah.
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Isteri-isteri Rasulullah SAW
• Khadijah Binti Khuwailid;
• Saudah Binti Zam’ah;
• ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar);
• Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab);
• Ummi Habibah Binti Abu Sufyan;
• Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah);
• Zainab Binti Jahsy;
• Maimunah Binti Harith;
• Safiyah Binti Huyai bin Akhtab; dan
• Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
Anak-anak Rasulullah SAW:
• Qasim;
• Abdullah;
• Ibrahim;
• Zainab;
• Ruqaiyah;
• Ummi Kalthum; dan
• Fatimah Al-Zahra’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan