Rabu, Mac 14, 2018

SEDIKIT TENTANG POK YA CONGCODEI.

SEDIKIT TENTANG POK YA CONGCODEI.
Menghina watak Pokya Congcodei (PYCCD) sebagai seorang yang menganggap isterinya sebagai 'sekadar tempat melepas nafsu';
Adalah antara perkara yang paling lucu saya baca dalam sejarah saya membuka akaun Facebook. Benar, naskah atau karya yang dihasilkan adalah bergantung kepada pemikiran penontonnya.
Tapi, lebih molek kiranya kita menghadam keseluruhan naskah unik ini, dan bukan hanya melihat dari satu sisi yang sempit. Banyak lagi aspek positif boleh 'dibaca' daripada karya ini.
-----------------
Paling utama, "Pok Ya Congcodei" mendidik penonton untuk lebih membuka minda -- dengan berkelana di dunia luar. Bergaul dan cuba memahami perbezaan latar dan budaya sesuatu segmen masyarakat dan tempat.
Bukan hanya menjadi jagoan dalam 'circle' sendiri. Percayalah, sehebat mana pun nama kita, belum tentu kita dikenali di tempat lain.
Jalan cerita dalam naskah ini, kebanyakannya adalah cerminan daripada realiti serta pengalaman hidup Sdr. Sabri Yunus sendiri, seorang aktivis dan seniman yang sangat berjasa kepada dunia seni tanah air.
Cuma saya terkenang kata-kata Sdr. Sabri dalam forum anjuran ABIM baru-baru ini: "Cerita saya habis dah, bila kredit akhir cerita tu habis. Yang belum habis tu dalam minda penonton saja."
Langkanya naskah ini, apabila Pak Dinsman, seorang lagi aktivis seni, menggambarkan bahawa "Sdr. Sabri telah menemui bahasa filemnya sendiri (menerusi telefilem PYCCD)."
Boleh tonton di sini:
Dan di sini:
--------------
Sungguh, jangan ingat kerana kita punya kepakaran dan kemahiran dalam sesuatu bidang, maka kita tahu dan arif dalam semua perkara. Kita hanyalah hamba-NYA yang kurang serba-serbi.
Berpijaklah di bumi yang nyata. Bersederhanalah -- dalam berfikir dan bertindak.
#PokyaCongcodei
.
.

8 MAC: SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA.


8 MAC: SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA.
Islam hormat hak wanita. Tiada tolak ansur bab itu.
Kita hormat usaha angkat martabat wanita. Tapi bukan dengan menghina dan merendahkan lelaki.
Islam tak didik gitu.
-----------------------------
Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua, khususnya buat Isteri tercinta, Alieya Mazuv -- yang banyak berkorban untuk saya, Amir Naufal dan Amira Safiya sekeluarga.
Terima kasih, ALLAH.

2003, 2004 dan 2005.

2003, 2004 dan 2005.
Terima kasih penyokong otai Merah-Kuning, Abg Mohd Firdaus atas bantuan.
Jasamu ku kenang. Alhamdulillah.
:)

MAMAK.

MAMAK.
Saya faham kalau ada ibu bapa yang kurang selesa bila ada pekerja di restoran mamak -- yang cuba menyantuni anak-anak kita.
Sama ada atas sebab privasi mahupun keselamatan; tiada pertikaian tentang itu.
Cuma, tegur atau maklumkanlah secara betul. Tak perlu marah-marah. Tegurlah secara baik.
Mereka juga manusia seperti kita.
Boleh jadi, melihat anak-anak kita -- mengingatkan mereka kepada anak-anak mereka, yang beribu batu jauhnya.
Hati menangis; tak siapa tahu.
.

PRESTASI MENJUNAM: APA CERITA, RED GIANTS?

PRESTASI MENJUNAM: APA CERITA, RED GIANTS?
Bermula dengan memberikan harapan besar yang membuncah dengan dua kemenangan yang membahagiakan;
mimpi indah penyokong skuad Red Giants dikejutkan dengan prestasi merudum pasukan mereka.
Sila baca tulisan ringkas saya di sini: http://www.bolasepak.my/2018/03/14/apa-cerita-red-giants/
-------------------------
Bersama martabatkan jersi dan liga tempatan kita.

PETEH GANU PETEH: KE MANA HALA TUJU BOLA SEPAK TERENGGANU?



PETEH GANU PETEH: KE MANA HALA TUJU BOLA SEPAK TERENGGANU?
Kini, keputusan terletak sebenarnya pada tangan para penyokong dan peminat Terengganu.
Sama ada sekadar mengikut arus dan bergerak ke hadapan;
Atau kekal berwaspada menjadi pengimbang kepada pengurusan pasukan – demi maruah pasukan kesayangan. 
---------------------
Jemput baca dan kongsikan.
Bersama martabatkan jersi dan liga tempatan kita.
#Padu
#Grande




Selasa, Mac 06, 2018

ABIM ANJUR FORUM BEDAH TELEFILEM “POK YA CONG CODEI”.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM ANJUR FORUM BEDAH TELEFILEM 
“POK YA CONG CODEI”.
Kalau aku nak kutik ambil tahu seremo masalah ore, baik aku jadi menteri!”
27hb Februari 2018 (Selasa): Alhamdulillah, Angkatan belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Forum Bedah Telefilem Cerita Rakyat – “Pok Ya Cong Codei” di Dewan Sekretariat ABIM Pusat.
Rakaman program tersebut boleh ditonton di sini:
Program ini menampilkan dua orang aktivis seni tanah air yang berjasa, iaitu Sdr. Sabri Yunus dan Sdr. Dinsman (Shamsudin Osman).
Sdr. Dinsman menyatakan bahawa watak ‘Pok Ya’ lahir di kala masyarakat ‘kehilangan’ pemimpin yang berwibawa. Beliau juga menegaskan bahawa perlu ada nilai estetika serta realiti dalam menghasilkan sesuatu filem atau drama. Sementelah, beliau mengatakan yang Sabri telah menemui 'bahasa filemnya sendiri.'
Beliau juga menyebut bagaimana tidak mudah untuk mengangkat realiti dalam sesuatu cerita, sebagaimana yang dilakukan oleh Sdr. Sabri. Sdr. Sabri yang sebelum ini terkenal dengan watak ‘Wan Ismail Golok’ pula menekankan bahawa seseorang pengkarya itu perlu menjadi pencetus dan bukan hanya mengikut arus dalam menghasilkan sesuatu karya seni mereka.
Beliau mengangkat sisi amanah, menepati janji dan menyayangi isteri dalam sosok Pok Ya, meskipun digambarkan sebagai seorang gangster yang ‘gedebe’. Naskah ini juga mendidik masyarakat untuk keluar bermusafir untuk mengenal tempat orang serta meluaskan pengalaman.
Sdr. Sabri juga memaklumkan bahawa beliau akan menghasilkan telefilem susulan kepada naskah “Pok Ya Cong Codei”, dan akan memulakan penggambarannya pada bulan Mac nanti.
----------------
Kepada yang berminat, jemputlah beli buku Retro Bola Sepak (RBS).
Boleh whatsapp/hubungi 019-3531967 untuk maklumat lanjut.
Reviu buku RBS boleh dibaca di sini:
Senaskah; RM30 sahaja.
Mohon sokong industri buku tempatan.
Apalagi, tak ramai yang berani menerbitkan buku bola sepak dalam bahasa Melayu.
Tanpa kalian; siapalah kami.