Selasa, Februari 16, 2016

Menulis Khat.

MENULIS KHAT.
Dah lama tak menulis khat.
Belajar dan terus belajar.

Pelan-pelan kayuh.

.



KDYMM SULTAN PERAK BERKENAN TERIMA MENGADAP PRESIDEN ABIM SERTA DELEGASI PEJUANG BAHASA.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
I
KDYMM SULTAN PERAK BERKENAN TERIMA MENGADAP PRESIDEN ABIM SERTA DELEGASI PEJUANG BAHASA.
Sayang berderak pandai berguru, 
Sayang selasih terbuang layu; 
Mujur saya baru berguru, 
Kalau tidak terbuang lalu.
---------------
11hb Februari 2016 (Khamis): Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, bersama delegasi bijak pandai Melayu, mahaguru bahasa, sasterawan, budayawan dan saintis mengadap Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan yang bijaksana - membincangkan masa depan anak bangsa.
Delegasi ini merafak sembah -- menyatakan keprihatinan dan kegusaran; terhadap nasib bangsa dan masa depan Bahasa Melayu, yang kian dipinggirkan oleh pemerintah yang terdiri daripada badan eksekutif, menerusi beberapa dasar yang menguburkan Bahasa Melayu. Hal ini termasuk pengenalan Dasar Dua Bahasa (Dwi Language Programme - DLP).
Perlaksanaan ‘Dual Language Programme’ (DLP) adalah satu PENGHINAAN kepada KEDAULATAN Bahasa Melayu dan KEDAULATAN WASIAT Raja-Raja Melayu pada 1957. Menghina Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Pendidikan 1996, khasnya Perkara 17 dan 18.” -- Buku "KAMI BANTAH DLP" (Prof. Emeritus Abdullah Hasan dan Datuk Zainal Abidin Borhan).

II
PELUNCURAN KEMPEN MANSUHKAN DASAR DWI BAHASA (DLP). 
15hb Februari 2016 (Isnin): Alhamdulillah, Presiden serta pimpinan ABIM bersama para Sasterawan Negara, cendiakawan, saintis, pejuang bahasa, serta penerbit buku hiliran (indie) hadir memberikan sokongan dalam Kempen Peluncuran Mansuh DLP. Program penuh bermakna ini dianjurkan di hadapan SOGO, Kuala Lumpur.
Apabila Sasterawan Negara, Profesor Sains, Matematik dan peguam turun menyatakan bantahan di Jalan raya, pasti ada perkara besar yang tidak kena dengan DLP ini. Prof Wan Ramli Wan Daud, antara 72 saintis berpengaruh dunia 2015 yang disenaraikan oleh Thomson-Reuters (New York), turut membantah perlaksanaan DLP. Menurut beliau, dasar tersebut hanya akan menjadikan para pelajar mempelajari Sains dan Matematik untuk memperbaiki bahasa Inggeris mereka, dan bukannya untuk memahami subjek tersebut.  
Selain Prof Wan Ramli, turut hadir memberikan sokongan ialah SN Dato’ Baha Zain, SN Dato’ Muhammad Hj Salleh, SN Dato’ Anwar Ridhuan, anak Melayu pertama memperolehi PhD dalam bidang Matematik, Prof Shahrir Md.Zin dan pakar Matematik serta pengkaji Etnosains, Dr Alinor Abdul Kadir.
Bahasa Menunjukkan Bangsa!

III
SIDANG MEDIA BANTAH DLP.
5hb Januari 2016: Dua gabungan besar kepada gerakan pejuang bahasa - Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dan Majlis Bertindak Isu Pendidikan Kebangsaan-GAPENA telah mencapai kata sepakat untuk menjayakan himpunan “Keranda 152” ke-3 pada 26hb Mac 2016 sebagai bantahan terhadap ‪#‎DLP sekiranya tuntutan dan rundingan bersama pihak kerajaan menemui jalan buntu.
Antara resolusi yang disepakati dan diwar-warkan dalam sidang media ini adalah cadangan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu. Terdahulu, pada 20hb Oktober 2015, turut diadakan Sidang Media Bantah Program Dwibahasa (DLP). Sidang media berlangsung di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur.
----------------------------------------------

Mohon sebar luas dan viralkan:
Page Facebook: 
“Gerakan Mansuh PPSMI - GMP #Bantah DLP”:
https://www.facebook.com/Gerakan-Mansuh-PPSMI-GMP-Bantah-D…/
dan
Blog:
“Gerakan #BantahDLP”:
Terima kasih.