Isnin, Jun 22, 2015

Selamat Konvo, Kak Eja.

Selamat Konvo, Kak Eja.
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri sesi Konvokesyen Universiti Pengurusan dan Sains atau Management and Science (MSU), Shah Alam.
Dulu di sekolah, saya gunakan pin tali leher KUTPM (nama asal MSU), hadiah daripada sahabat baik zaman sekolah, Ainol Syafiq.
Jadi, untuk hadir ke MSU kali pertama, walaupun sudah banyak kali melalui kawasan sekitar Stadium Shah Alam dan Giant Seksyen 13, adalah pengalaman yang menarik.
Majlis berlangsung dengan meriah. Tahniah buat semua. Paling utama, tahniah buat Kak Eja atas sebab dah konvo.
Semoga terus sakti dan istiqamah, in sya ALLAH.
:)