Khamis, Mei 30, 2013

210,210: Segala puji buat ALLAH SWT.

“Berhentilah jangan salah gunakan,
kehebatan ilmu pengetahuan untuk menghancurkan.”
-- Puing (Iwan Fals, 1981)
-------------------------------------------
Memandangkan saya sedikit sibuk dengan beberapa urusan - kerja dan kehidupan - ketika ini, saya tidak begitu mempunyai masa untuk mengemaskini blog. Namun, saya gagahi juga untuk sekurang-kurangya memuat-naik beberapa gambar yang mana, pada hemat dan harapan saya, sekurang-kurangnya para pengunjung blog ini tidaklah rasa tawar hati untuk berkunjung lagi (kerana tidak dikemaskini).
Saya tidak menulis blog untuk menjadi masyhur, apalagi untuk diraikan. Saya baru belajar menulis, dan mahu terus belajar dan belajar. Sesungguhnya, saya menghargai para pembaca dan pengunjung blog ini yang sudi menziarahi halaman yang serba sederhana ini.
Saya sajikan blog ini buat semua pembaca yang budiman, dengan niat berkongsi manfaat dan ilmu. Kendati, jika ada kesilapan dan kekurangan dalam penulisan saya, mohon agar saya ditegur dan dinasihati.
Meskipun blog ini begitu sederhana dan tidaklah seunggul mana, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih, buat pengunjung ke 210,210 blog ‘chedinsphere.blogspot.com’ yang mungkin saya kenal secara peribadi mahupun sebaliknya. Mohon doa daripada semua sahabat, agar saya dapat menulis dengan lebih baik lagi, sementara usia masih berbaki hari.
“Dalam hari selalu ada kemungkinan,
dalam hari pasti ada kesempatan”.
-- ‘Selamat Tinggal Malam’ (Iwan Fals, 1986).
--------------------------------------
Bersama-samalah kita berpadu menyemarak dan memartabat akar budaya kita. Sungguh, ALLAH SWT sahajalah yang dapat membalas jasa dan budi kalian semua. Jazakumullah Khairan Kathira. Khalas.